TIP DARI SAYA




FUNGSI SISTEM URAT SARAF UTAMA DAN OTOT BADAN


Sistem saraf utama dan hormon yang selaras memainkan  peranan penting dalam tubuh . Sistem saraf terbagi kepada dua:-
1- Sistem saraf utama(Central Nervous System)
2- Sistem lilitan urat saraf(Peripheral Nevous System)
Kedua-dua saraf mempunyai fungsi berbeza dan terletak pada kawasan yang berlainan. Sistem urat saraf utama berfungsi sebagai "panel pengawal" kepada tubuh. Sistem saraf utama adalah otak dan saraf tunjang menerima semua data-data deria melalui urat saraf dan mengambalikan reaksi dan juga data-data Sistem lilitan urat saraf  mengandungi lingkaran urat saraf yang terbit dari saraf tunjang ke seluruh tubuh Ginglia, di mana banyak urat saraf bertemu adalah pusat aktiviti urat-urat saraf. maksud ganglia adalah chakras yang di debat kan dalam meditasiSistem lilitan urat saraf di bahagikan kepada dua bahagian :-

1-SOMATIC
Somatik menerima data-data deria daripada kulit, otot-otot dan sendi yang menghantar kepada sistem urat saraf . Sistem urat saraf pula menghantar keluar data dalam bentuk dorongan kepada otot-otot rangka ini menyebabkan pergerakan.bahagian somatik  adalah di kawal dengan sukarela.

2-AUTONOMIK
Autonomik menghantar maklumat deria organ dalaman kepada sistem urat saraf. Ia di hantar balik untuk melicinkan sel-sel otot organ-organ tersebut. Autonomic berfungsi secara automatik di peringkat yang tidak di sedari. Contohnya bahagian yang berperanan dalam denyutan jantung, pernafasan dan penghadaman tubuh. Ini  berlaku tanpa arahan dari kita.Setiap organ di dalam tubuh manusia dihubungkan dengan cabang-cabang urat saraf sympatatic dan parasympathethic.

OTOT BADAN


Otot terdiri daripada kumpulan serat atau sel, di pacu oleh getah bening dan serabut saraf. Pada asalnya setiap otot adalah lembut dan tidak tegang.Otot di susun dalam lapisan simetris pada tubuh, setiap akhir menempel pada tulang di salah satu bersama ini dikenali sebagai  'asal'  dan 'penyisipan' dari otot-otot sebahagian besar otot-otot bergerak  di pasang di arah yang bertentangan. Anda mungkin pernah mendengar 'fleksor' dan ' 'ekstensor' ini adalah otot-otot  yang masing-masing menepuk dan meluruskan sendiSemasa Otot memendek dan mengecut, salah satu dari sambungan tidak bergerak dan sebaliknya.Origin sesuatu otot lebih dikaitkan dengan sambungan yang tidak bergerak, seperti otot  yang di sambung kan dengan tulang atau yang lain.Inserition sesuatu otot berkaitan dengan otot yang banyak pergerakan seperti otot yang bersambung dengan otot bergerak yang lain tulang yang bergerak  ataupun kulit

FUNGSI SARAF 

Saraf boleh di ibaratakn seperti kabel yang mengandungi banyak kawat yang terbungkus bersama-sama tetapi mempunyai fungsi yang berlainan. Saraf mengandungi beberapa ikatan gentian bersama saluran-saluran darah. Setiap gentian atau neuron merupakan sel saraf yang panjang dan bercabang-cabang. Saraf merupakan tisu-tisu khusus yang membawa isyarat (impuls) dari otak ke saraf tunjang dan ke seluruh badan. ia terdiri daripada ratusan serat saraf yang panjang dan terikat oleh tisu perantaraan

FUNGSI DARAH 

Darah adalah sejenis cecair berwarna merah yang terdapat dalam salur darah. Darah juga bersifat berlendir.Satu titik darah yang tidak melebihi 1 milimiter mengandungi lebih 5 juta sel darah, 7500 sel darah putih dan 250000 platelet. Platelet darah  zarah kecil yang terdapat di dalam plasma darah.Darah merah mengandungi hemoglobin dan oksigen.(Homoglobin yang bermaksud protein pengangkutan oksigen yang terdapat di dalam sel darah merah). Apabila oksigen telah di gunakan oleh badan, sel berwarna akan bertukar kepada cerah atau gelap.Hemoglobin menyerap oksigen dan membawa ke seluruh tubuh. Ia juga mengandungi ferum. Oksigen dan ferum ini bergabung membentuk darah merah. Sel darah putih berperanan membunuh bakteria. darah juga membantu mengekalkan suhu badan.Jangka hayat sel darah merah hanya dalam lingkungan sebulan atau dua bulan saja.Sumsum tulang perlu membina lebih kurang 100 juta sel dah merah baru setiap minit

kredit to :ALAMIA SPA

0 comments:

KENALI SAYA



Paling utama,saya bersyukur kehadrat ilahi kerana mengizinkan saya menikmati hidup di dunia yang fana ini.Saya berterima kasih kepada ibonda saya WAN ESAH BINTI WAN OTHMAN dan Almarhum ayahanda tercinta WAN NAWANG BIN WAN ABU BAKAR.
Semoga Almarhum Abah di cucuri rahmat..Alfatihah untuk Almarhum abah.

Di sini sedikit Biodata mengenai saya..Takde lah banyak sangat, tapi cukup la untuk mengenali saya dan menyakinkan anda sekiranya anda ragu-ragu dengan perkhidmatan saya..ehheheheheh


Comel x? hehehehehehhe.

Nama penuh WAN JUWAIRIAH BINTI WAN NAWANG,
Di lahirkan  di BANDAR AL MUKTAFIR BILLAH SHAH,23400 TERENGGANU.
Lahir pada 28 JUN 1987 dan berumur 28 tahun(pada tahun 2015).
mendapat didikan awal DI SK DURIAN MAS 1 dan SMK DURIAN MAS.

Mudanya dah jadi tukang urut?????ahhahaha..itu soklan yang anda fikirkan???
Ok..Saya mula belajar mengurut dari bonda saya dimana ibu saya sendiri adalah tukang urut dan bidan kampung.Biasalah kalau dulu-dulu,bidan kampung ni memang femes kan...tapi sekarang semua bidan dah beralih terus ke hospital.nak bersalin kat rumah dah tak boleh dah sekarang.betul tak??? heheheheh
Se awal belasan tahun lagi saya banyak belajar mengenai urutan tradisional melayu dari ibu.Di tambah pula dengan kehadiran ibu mertua saya juga adalah tukang urut di kawasan CHERATING dan sekitarnya.Bertambahlah ilmu pengetahuan tu kan..ehhehehehe.Saya mula mengurut pada awal tahun 2012.Alhamduillah,sehingga ke hari ini, banyak komen2 yang positif yang saya terima.Dan saya sendiri mempunyai ramai pelanggan2 tetap saya.Buat masa ini, Perkhidmatan saya tertumpu di bandar KEMAMAN,TRG dan sekitarnya.Perkhidmatan saya sememang terus ke rumah pelanggan dan oncall.Inshallah,Andai di izin ilahi,saya ingin mengembangkan perkhidmatan saya di pada Spa dan lain-lain perkhidmatan yang selari dengannya.Isitimewa KHAS untu wanita sahaja!!!..hehehehhe

2004 adalah tahun paling bermakna bagi saya.Dengan kehadiran Suami tercinta 'KAMARUBAHARIN BIN ABDULLAH' menghiasi hidup dan bertambah berbunga dengan lahirnya dua cahaya mata permata hati kami.KHAIR JUNAIDI ADAM dan NUR KHAIRAHASMA HUSNA.Sehingga hari ini,hampir limabelas tahun berumahtangga, Saya menetap di FLAT DESA KAMPUNG FIKRI,KEMAMAN,TERENGGANU..

Ini lah sahaja sedikit latar belakang saya.Salam mesra dari saya WAN JUWAIRIAH  BINTI WANANG.

WASSALAM


CONTACT
KLIK UNTUK KE 'MY CONTACT '

0 comments:

My Contact


karljhuenterprise@gmail.com

Send email anda ke karljhuenterprise@.com


fb saya

Klik Logo  untuk nak inbox facebook saya




Instagram saya

Jom lihat foto dari instragram saya.klik je logo


Inilah sahaja yang dapat saya berikan untuk permudahkan segala urusan.Lainkali saya update lagi ye..hehehehhe.So...yang mana nak book tarikh,cepat2 la ye.....Maaf sekiranya terkasar bahasa @ kesilapan yang tak disengajakan.
WASALAM ....

0 comments: