PANDUAN IBU BERSALIN




BERURUT SELEPAS BERSALIN

         Dari segi fizikal, urutan dapat meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat punca seseorang itu merasa lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu.Urutan memperbaiki pernafasan  dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja. Antara kelebihan lain urutan kepada ibu selepas melahirkan adalah seperti berikut :-



-Melancarkan perjalanan darah.
-Mengeluarkan darah (lokia) terperangkap dan    tertakung.
-Menaikkan rahim.
-Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar  dari tempatnya.
-Memecahkan lemak.
-Mengetat dan membentuk kembali tubuh.
-Mempercepatkan proses pemulihan  keseluruhan  selepas kerja keras melahirkan  anak.
-Melancarkan pengeluaran susu ibu.
                                                   
    kredit to :EDITORIAL PAMA                                                                    


                                                                                 





KELEBIHAN MEMAKAI BENGKUNG


BENGKUNG BERFUNGSI UNTUK MENGELAKKAN KEMASUKAN ANGIN SEJUK PADA LIANG PERUT SERTA MEMUDAHKAN PENGELUARAN ANGIN PANAS DAN KOTOR MENERUSI IKATAN BARUT DAN UBAT YANG SEMPURNA.BENGKUNG JUGA DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU MENGEMPISKAN PERUT DAN BAHAGIAN BERLEMAK YANG TERDAPAT PADA PAHA DAN PUNGGUNG.

PEMAKAIAN BENGKUNG YANG KEMAS DAN KETAT MEMBANTU MENGEMBALIKAN BENTUK BADAN DENGAN CEPAT SERTA MENGEKALKAN POSISI YANG BAIK TERUTAMA BAGI IBU YANG MENYUSUKAN BAYI MEREKA.PADA KEBIASAANYA SI IBU AKAN DUDUK DALAM POSISI YANG TIDAK BETUL KETIKA MENYUSUKAN BAYI, JUSTERU, BENGKUNG BAIK UNTUK MENYOKONG TULANG KERANA SELEPAS BERSALIN BERAT TIDAK LAGI DITANGGUNG OLEH TULANG BELAKANG SEPENUHNYA.

SELAIN ITU, BENGKUNG JUGA MEMBANTU MENYOKONG DAN MENGUATKAN OTOT ABDOMEN YANG LEMAH AKIBAT REGANGAN KETIKA MENGANDUNG.
BENGKUNG YANG BAIK MEMPUNYAI DIAMETER PANJANG DARIPADA PARAS PAYUDARA SEHINGGA KE BAWAH PINGGUL. INI DAPAT MEMBERI SOKONGAN YANG KUKUH KE ATAS RAHIM SERTA MEMBATASKAN PERGERAKAN SI PEMAKAI.

BAGI IBU YANG MELAHIRKAN ANAK SECARA NORMAL, BENGKUNG SEELOK-ELOKNYA DIPAKAI SEPANJANG MASA DAN HANYA DITANGGALKAN KETIKA MANDI.PEMAKAIAN BENGKUNG BOLEH BERMULA PADA HARI KEEMPAT SEHINGGA HABIS TEMPOH PANTANG ATAU SEBERAPA LAMA YANG DIKEHENDAKI. BAGI MENDAPAT KESAN MAKSIMUM PAKAI MINYAK PANAS DULU SEBELUM BERBENGKUNG.BAGI IBU YANG MELAHIRKAN ANAK SECARA PEMBEDAHAN, PEMAKAIAN BENGKUNG BOLEH DIMULAKAN SEAWAL HARI KE-14. SEBAIK-BAIKNYA SEDIAKAN DUA BENGKUNG AGAR DAPAT MENUKAR BENGKUNG UNTUK MEMBERSIHKANNYA.




KELEBIHAN BERTUNGKU


SELAIN BENGKUNG, BERTUNGKU ADALAH AMALAN TRADISIONAL YANG PENTING KETIKA BERPANTANG. BIASANYA TUNGKU DIPERBUAT DARIPADA BESI SEBESAR BOTOL 500 MILILITER DAN BERATNYA KIRA-KIRA 1.5 KILOGRAM.BERTUNGKU JUGA TIDAK SEMESTINYA MENGGUNAKAN BESI KERANA BATU SUNGAI ATAU ANAK LESUNG JUGA BOLEH DIGUNAKAN.Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya, tetapi tahap kepanasan yang dapat meresap hingga ke dalam tubuh.

SEBELUM BERTUNGKU BESI ATAU BATU, TUNGKU PERLU DIPANASKAN TERLEBIH DULU SELAMA SATU JAM DI ATAS API SEDERHANA.
KEMUDIAN TUNGKU DIBALUT DENGAN KAIN CITA YANG SUDAH DILAPIK DAUN MENGKUDU. JIKA DAUN MENGKUDU TIADA BOLEH DIGANTI DAUN SIRIH ATAU LENGKUAS.KESAN PANAS DARIPADA TUNGKU AKAN MERESAP KE DALAM DAUN, SEKALI GUS MERAWAT BAHAGIAN BADAN KETIKA PROSES BERTUNGKU.
PROSES BERTUNGKU BOLEH DILAKUKAN SAMBIL BERBARING DAN TUNGKU DITEKAN PERLAHAN-LAHAN PADA SEKITAR PANGKAL PAHA, BERHAMPIRAN ARI-ARI (BAWAH PUSAT DAN DI ATAS PERUT IAITU BAWAH PAYUDARA). UNTUK KESAN TUNGKU YANG LEBIH BAIK TAPAK KAKI SERTA TUMIT JUGA PERLU DITUNGKU.

BERTUNGKU PENTING KERANA DAPAT MENGHANGATKAN BADAN IBU, MEMBUANG ANGIN, MENGECUTKAN URAT YANG KEMBANG SERTA MEMPERBETULKAN SERTA MELANCARKAN PERJALANAN DARAH. BIASANYA DARAH NIFAS MENGALIR LEBIH LANCAR SELEPAS BERTUNGKU.
JUSTERU, BERTUNGKU ADA KALANYA DITERUSKAN HINGGA KELUAR DARAH TERAKHIR BERWARNA SEAKAN-AKAN PUTIH KEPERANGAN ATAU DIPANGGIL DARAH MEROYAN. JIKA IBU RAJIN BERTUNGKU, IA BOLEH DITERUSKAN HINGGA HABIS PANTANG.




MANDIAN HERBA



SETELAH SELESAI BERTUNGKU DAN BERURUT, WANITA BERSALIN DIGALAKKAN MANDI MENGGUNAKAN AIR REBUSAN DAUN KUNYIT, LENGGUNDI, SECEREK, PANDAN, LENGKUAS, SERAI WANGI, PISANG KELAT, CAPA, INAI, BEBUAS, MENGKUDU DAN REMPAH HALBA UNTUK MEMBUANG ANGIN, MENYEGARKAN URAT, MEMULIHKAN TENAGA, MENGHILANGKAN BAU BADAN, MEMBANTU MELANCARKAN PENGELUARAN SUSU IBU SERTA MENGATASI MASALAH KEBAS DAN SENGAL TULANG.
PADA HARI INI, MANDIAN HERBA INI LEBIH MUDAH DILAKSANAKAN KERANA, KESEMUA DAUN HERBA TERSEBUT SUDAH DI PAKEJKAN DALAM BENTUK BUNJUT, DAN PENGGUNA HANYA PERLU MEREBUSKANNYA SAHAJA DI DALAM AIR.






AMALAN PEMAKANAN 


SELAIN AMALAN DI ATAS, PEMAKANAN JUGA HARUS DIJAGA DENGAN MENGAMALKAN MAKANAN KERING BAGI TUJUAN MENGECUTKAN RAHIM.HIDANGAN YANG PEDAS, GATAL, BERLEMAK DAN TERLALU BERMINYAK TIDAK ELOK DIMAKAN.

ELAKKAN MINUM AIR BATU KERANA AKAN MENYEBABKAN URAT DAN PERANAKAN MENJADI KEMBANG.
SEBENARNYA BANYAK HIDANGAN YANG BOLEH DIJADIKAN MENU IBU BERSALIN, DENGAN CARA MEMASAK YANG BERBEZA, SAMA ADA DIPANGGANG, DIREBUS ATAU DIKUKUS.


LADA HITAM, HALIA, SERAI, ASAM GELUGUR DAN REMPAH-RATUS ADALAH SEBAGAI PERISA YANG DIJADIKAN AROMA SERTA MEMBANGKITKAN SELERA MAKAN IBU.
IBU HARUS TAHU MAKANAN APA YANG BOLEH DIMAKAN ATAU TIDAK KERANA IBU YANG MENYUSUKAN ANAK HARUS MENITIKBERATKAN MAKANAN BERKHASIAT DAN MENGELAK MAKANAN BERANGIN SUPAYA BAYI TIDAK KEMBUNG SELEPAS DISUSUKAN.

NOTE - (GAMBAR-GAMBAR SEKADAR PERHIASAN)









KELEBIHAN MEMAKAI BARUT & BEDUNG PADA BAYI

SELAIN AMALAN BERPANTANG UNTUK IBU, BAYI JUGA HARUS DIJAGA SEBAIKNYA. AMALAN MEMAKAIKAN BARUT (BINDER) UNTUK BAYI MEMBERI BANYAK MANFAAT ANTARANYA MENGELAK BAYI KEMBUNG, PERUTNYA TIDAK MUDAH DIMASUKI ANGIN, SEKALI GUS MEMBERI KESELESAAN KEPADA BAYI.

NAMUN, PASTIKAN IKATAN BARUT TIDAK TERLALU KETAT. MINYAK BAYI JUGA BOLEH DIGUNAKAN BERSAMA BARUT UNTUK MEMBERI KESELESAAN DAN MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN.

BAYI JUGA PERLU DIBEDUNG SUPAYA SENTIASA TIDUR LENA DAN DAN TIDAK MUDAH TERKEJUT. PEMAKAIAN BEDUNG MEMBERI KESELESAAN KEPADA BAYI SEAKAN SEPERTI BERADA DI DALAM PERUT IBU MENGANDUNG.









                                                                                                                                  KREDIT TO MyPermataHati
                                                                                               NOTE#(GAMBAR-GAMBAR SEKADAR PERHIASAN)
Share on Google Plus

0 comments: