KENALI SAYA



Paling utama,saya bersyukur kehadrat ilahi kerana mengizinkan saya menikmati hidup di dunia yang fana ini.Saya berterima kasih kepada ibonda saya WAN ESAH BINTI WAN OTHMAN dan Almarhum ayahanda tercinta WAN NAWANG BIN WAN ABU BAKAR.
Semoga Almarhum Abah di cucuri rahmat..Alfatihah untuk Almarhum abah.

Di sini sedikit Biodata mengenai saya..Takde lah banyak sangat, tapi cukup la untuk mengenali saya dan menyakinkan anda sekiranya anda ragu-ragu dengan perkhidmatan saya..ehheheheheh


Comel x? hehehehehehhe.

Nama penuh WAN JUWAIRIAH BINTI WAN NAWANG,
Di lahirkan  di BANDAR AL MUKTAFIR BILLAH SHAH,23400 TERENGGANU.
Lahir pada 28 JUN 1987 dan berumur 28 tahun(pada tahun 2015).
mendapat didikan awal DI SK DURIAN MAS 1 dan SMK DURIAN MAS.

Mudanya dah jadi tukang urut?????ahhahaha..itu soklan yang anda fikirkan???
Ok..Saya mula belajar mengurut dari bonda saya dimana ibu saya sendiri adalah tukang urut dan bidan kampung.Biasalah kalau dulu-dulu,bidan kampung ni memang femes kan...tapi sekarang semua bidan dah beralih terus ke hospital.nak bersalin kat rumah dah tak boleh dah sekarang.betul tak??? heheheheh
Se awal belasan tahun lagi saya banyak belajar mengenai urutan tradisional melayu dari ibu.Di tambah pula dengan kehadiran ibu mertua saya juga adalah tukang urut di kawasan CHERATING dan sekitarnya.Bertambahlah ilmu pengetahuan tu kan..ehhehehehe.Saya mula mengurut pada awal tahun 2012.Alhamduillah,sehingga ke hari ini, banyak komen2 yang positif yang saya terima.Dan saya sendiri mempunyai ramai pelanggan2 tetap saya.Buat masa ini, Perkhidmatan saya tertumpu di bandar KEMAMAN,TRG dan sekitarnya.Perkhidmatan saya sememang terus ke rumah pelanggan dan oncall.Inshallah,Andai di izin ilahi,saya ingin mengembangkan perkhidmatan saya di pada Spa dan lain-lain perkhidmatan yang selari dengannya.Isitimewa KHAS untu wanita sahaja!!!..hehehehhe

2004 adalah tahun paling bermakna bagi saya.Dengan kehadiran Suami tercinta 'KAMARUBAHARIN BIN ABDULLAH' menghiasi hidup dan bertambah berbunga dengan lahirnya dua cahaya mata permata hati kami.KHAIR JUNAIDI ADAM dan NUR KHAIRAHASMA HUSNA.Sehingga hari ini,hampir limabelas tahun berumahtangga, Saya menetap di FLAT DESA KAMPUNG FIKRI,KEMAMAN,TERENGGANU..

Ini lah sahaja sedikit latar belakang saya.Salam mesra dari saya WAN JUWAIRIAH  BINTI WANANG.

WASSALAM


CONTACT
KLIK UNTUK KE 'MY CONTACT '
Share on Google Plus

0 comments: